Nama Bulan-Bulan Islam
Allah
Subhanahuwata’ala berfirman:
Dan setelah kemunculan Nabi Muhammad, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan, pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Muslim yang cemerlang tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah.
“Sesungguhnya
bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di
waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram
(Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus,
maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan
perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu
semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Taubah :
36)
Dua
belas bulan yang disebut oleh Allah
di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh
Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahwa Rasulullah memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:
“Ketahuilah
bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi,
setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamada dan
Syaaban.” (riwayat Imam Ahmad).
Bulan
dalam bahasa Arab disebut “Al-Syahru”
bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang
dipanggil bulan-bulan Hijriyah.
Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah
bermula dari perisiwa Nabi Muhammad dan umat Islam berhijrah ke Madinah.
Kebanyakan
nama tersebut berasal dari Bangsa Arab Tradisional yang diambil daripada cuaca
semasa atau sesuatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar
yang berlaku.
Walau bagaimanapun, oleh kerana semua bulan berubah 11 hari lebih
awal setiap tahun, maka musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi
nama sesetengahnya kini.
Nama-nama bulan Arab
yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya
oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :
Muharam
Bulan
ini mengambil perkataan “Haram” yang
bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan
sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Rasulullah
meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam
Islam.
Safar
Safar
adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam. Safar
diambil dari kata “shifr” yang bermaksud ‘sifar’ atau ‘kosong’.
Rumah menjadi
kosong kerana penduduk Arab Badwi ketika itu keluar dari kampung meninggalkan rumah
mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim
panas.
Perkataan
Safar juga bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai,
kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin.
Rabiulawal
Rabiulawal
merupakan bulan Islam yang ke-3. Rabiulawal bermakna bulan pertama musim bunga
iaitu biasanya waktu ini pokok mula menghijau dan tumbuhan mengeluarkan bunga.
Rabiulakhir
Rabiulakhir
merupakan bulan Islam yang ke-4. Rabiulakhir bermakna bulan kedua musim bunga
iaitu waktu ini pokok dan tumbuhan telah sampai ke kemuncak mengeluarkan bunga.
Jamadilawal
Jamadilawal
(Jamada al-Awwal) merupakan bulan ke-5. Bulan pertama musim panas. Perkataan
“Jamada” bermaksud kering, di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang
bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Jamadilakhir
Jamadilakhir
(Jamada al-Akhir) merupakan bulan ke-6. Bulan kedua musim panas. Jamadilakhir
merupakan musim kemarau yang akan berakhir keadaan bulan ini juga lebih sejuk
daripada sebelumnya yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa
ketika itu.
Rejab
Rejab
adalah bulan ke-7. Rejab bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Bulan ini
salah satu bulan yang dihormati dan pintu Ka’bah dibuka. Menurut sejarahnya,
bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari
induknya.
Rejab
juga merupakan satu lagi bulan suci yang diharamkan perlawanan atau peperangan
dilarang berperang.
Ia
dikenali juga sebagai ‘Rajab Al-A’sham’ (Rajab yang sunyi) dan ‘Rajab al Fard’. Fard bermaksud
keseorangan atau bersendirian kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan
berturutan berbanding Rejab terasing di tengah-tengah.
Syaaban
Bulan
Syaaban terbit dari perkataan “sya’bun” yang ertinya ‘kelompok’ atau
‘golongan’ dan “syu’ba”
yang bermaksud berpecah, menyimpang dan berselerak.
Masyarakat Arab terdahulu
keluar bertebaran dan berpecah secara berkelompok setelah terpaksa berkurung di
rumah ketika bulan Rejab yang kering.
Pada
bulan Syaaban ini juga, mereka keluar beramai-ramai berselerak dan berpecah
mencari air dan bekalan makanan.
Ramadhan
Ramadhan
merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Diambil daripada perkataan “ramda”,
yang bermaksud batu panas. Ia juga bererti terik atau terbakar, Ini
menceritakan keadaan panas ketika nama tersebut diberikan.
Kebiasaannya
pada bulan ini, cuaca sangat terik dan amat panas di Semenanjung Arab ketika
itu.
Dan setelah kemunculan Nabi Muhammad, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal
merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah. Syawal dalam bahasa Arab berasal
dari kata “syalat”
yang bermaksud ‘mengangkat’ dan dari kata kerja ‘Tasyawwala’ yang bermaksud
sedikit atau berkurangan.
Syawal
dinamakan sedemikian kerana bulan ini adalah musim di mana unta betina
mengangkat ekor mereka kerana tidak mahu dikawini unta jantan dan musim ini
juga di mana unta kekurangan susu kerana kebanyakan unta-unta betina bunting.
Manakakala
setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah
melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa
Ramadan.
Pada
awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan
kemenangan melawan hawa nafsu.
Zulkaedah
Zulkaedah
merupakan bulan ke-11. Perkataannya diambil daripada kata ‘Qa‘ada’
atau ‘al-qa’du’
yang bermaksud duduk.
Pada bulan ini, masyarakat jahiliah mula menetap di rumah
dan tidak melakukan peperangan kerana bulan ini merupakan awal dari tiga
rangkaian bulan haram.
Inilah
bulan suci ketiga yang diharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga
mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk
menunaikan Haji.
Zulhijjah
Zulhijjah
adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir dalam setahun Hijrah. Ini adalah bulan
suci terakhir dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan
ini, haji dilaksanakan.
Bulan
ini disebut Zulhijah (Az Zu al-Hijjah) yang bererti “yang empunya haji”. Perkataan tersebut
juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji iniiaitu
waktu masyarakat Arab sibuk mengerjakan ibadah haji ke Baitullah.
Pada
zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan
ibadah haji ke Makkah (Kaabah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih
tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijjah iaitu pada tarikh 8, 9 dan 10
Zulhijjah.
Berdasarkan makna setiap bulan yang dinyatakan, pastinya masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Muslim yang cemerlang tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah.
Seseorang
itu perlulah sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala suruhan dan
perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dijemput menghadap
Allah kelak.
Maka
marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran dan doa kepada Allah
atas kesempatan diberikan peluang hidup untuk sekian kalinya.
Seterusnya
kita perlu persiapkan diri dengan berazam dan melakukan hijrah bagi menghadapi
permulaan Awal Muharam dan tahun
baru ini demi perubahan untuk menghadapi ibadah berkualiti dan kehidupan mukmin
sejati di tahun-tahun mendatang. InsyaAllah.
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha
Mengetahui apa yang benar)